"Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kau lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan maklukNYA, dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNYA), agar kamu yakin dengan pertemuan dengan TUHANMU"

Saturday, September 27, 2008

On the phone with mama!!

Calling......

Mama : Assalamualaikum...
Ina : Waalaikumussalam, mama..ina ni...mama buat apa tu?
Mama : Ina...mama kt umah dah ni, hari ni habih skolah awai...budak2 pagi semua mai petang..
Ina : ooo..yeka...ina ingat mama kat skolah g...tu tgah buat apa?
Mama : Tgah kemas umah ni...satgi imal nak balik...abah ngn isyraqi dah balik, satg nak p solat
Jumaat...mama buat keja2 skit, nnt x teruk sangt...ina kt mana tu?
Ina : ooo...ina kt bilik ni...hmmm...
Mama : Ina...
Ina : Ya...
Mama : Tadi mama terdengaq lagu qaya kt TV, teringaaaat sangat kt ina...tiba2 mama nangis ingt kt ina, lagi satu mama duk tringt yang anak-anak orang lain pun mesti
balik...semua mesti dah ada kt umah kan..mama rindu kt inaaaa...
Ina : (diam...nangis)...





Itulah perbualan antara seorang ibu yang teramat merindui anaknya di perantauan...Ibu mana tak ingat kat anak dan ibu mana yang tak rindukan anak....Jadi, kita yang tinggal beribu-ribu batu dari tanah air ni kenalah selalu mendoakan kesejahteraan ibu ayah kita nun di Malaysia. Kalau tak boleh call setiap hari...selang 3-4 hari call-lah mereka...dengar suara pun dah cukup untuk melepaskan rindu...kan?


"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ,Wahai Tuhanku, sayangilah kedunya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." (24:17)

Tuesday, September 23, 2008

Salam Lebaran Penuh Kesyukuran

Assalamualaikum w.b.t.

Segala puji bagi Allah, Tuhan Sekelian Alam dan selawat serta salam ke atas Nabi Muahammad s.a.w,keluarga serta sahabat-sahabat baginda.

Di bawah ini ada beberapa photos yang telah saya edit di www.picnik.com untuk ucapan Selamat Hari Raya. Entahla..sejak akhir-akhir ni, selalu pulak meng'edit' pictures. InsyaAllah, nanti akan ada lagi beberapa edited photos beserta ayat-ayat al-quran yang dirasakan patut dikongsi bersama kalian semua.

Tunggu ya!!

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic
Wassalam

Friday, September 12, 2008

The Hadith on Fasting

Abu Huraira related that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: Whoever fasts during Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. Whoever prays during the nights in Ramadan with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven. And he who passes Lailat al-Qadr in prayer with faith and seeking his reward from Allah will have his past sins forgiven (Bukhari, Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Abu Huraira related that Rasulullah said: If anyone omits his fast even for one day in Ramadan without a concession or without being ill, then if he were to fast for the rest of his life he could not make up for it (Bukhari).

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Abu Huraira related that the Prophet said: Allah the Majestic and Exalted said: "Every deed of man will receive ten to 700 times reward, except Siyam (fasting), for it is for Me and I shall reward it (as I like). There are two occasions of joy for one who fasts: one when he breaks the fast and the other when he will meet his Lord" (Muslim).

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Abu Huraira related that Rasulullah said: Many people who fast get nothing from their fast except hunger and thirst, and many people who pray at night get nothing from it except wakefulness (Darimi).

--------------------------------------------------------------------------------------------------

  • When to start fasting
Ibn Umar related that the Prophet said: Do not start fasting unless you see the new moon, and do not end fasting until you see it. If the weather is cloudy then calculate when it should appear (Bukhari, Muslim).
  • The Suhoor meal (which is eaten before dawn)

Anas related that Rasulullah said: Take the Suhoor meal, for there is blessing in it (Bukhari, Muslim).

  • Breaking your fast

Salman ibn Amir Dhabi related that the Prophet said: Break your fast with dates, or else with water, for it is pure (Abu Dawud, Tirmidhi).

  • Fasting during a journey

Aisha related that Rasulullah was asked whether one should fast when on a journey, and he replied: Fast if you like, or postpone it if you like (Bukhari, Muslim).

  • Behavior while fasting

Abu Huraira related that the Prophet said: If a person does not avoid false talk and false conduct during Siyam, then Allah does not care if he abstains from food and drink (Bukhari, Muslim).

  • Forgetfully eating or drinking while fasting

Abu Huraira related that Rasulullah said: If anyone forgets that he is fasting and eats or drinks he should complete his Siyam, for it is Allah who has fed him and given him drink (Bukhari, Muslim).

  • Providing for those who are breaking the fast

Zaid ibn Khalid Juhni related that the Prophet said: He who provides for the breaking of the Siyam of another person earns the same merit as the one who was observing Siyam diminishing in any way the reward of the latter (Tirmidhi).

  • Lailat al-Qadr

Aisha related that the Prophet said: Look for Lailat al-Qadr on an odd-numbered night during the last ten nights of Ramadan (Bukhari).

Anas ibn Malik related that Rasulullah said: When Lailat al-Qadr comes Gabriel descends with a company of angels who ask for blessings on everyone who is remembering Allah, whether they are sitting or standing (Baihaqi).

Thursday, September 11, 2008

Of food and us!!---Personaliti Rasulullah yang terpuji


Dalam kita ni duk sibuk berbuka puasa dengan makanan yang lazat sampai menjilat jari dan dapat bersahur dengan kenyangnya, mungkin masih ada di kalangan kita yang terlupa untuk mengucapkan rasa syukur atas nikmat makanan atau rezeki yang Allah telah kurniakan. Mungkin kerana terlampau teruja untuk menyuap segala kuih-muih dan nasi berlaukan ayam panggang, sayur campur atau ikan bakar ke dalam mulut sampai kita kadang terlupa untuk membaca doa makan. Sedikit bingkisan di bawah ini menceritakan tentang bagaimana cara Rasulullah makan dan sebagai ummat yang Baginda amat sayangi ini, kita seharusnya mengambil contoh atas sikap terpuji ini.

..........................................................................................................................................................................

Meja makan dan piring silih berganti dipajang di rumah para pembesar kaum dan para penguasa. Lain halnya
dengan Nabi umat ini, padahal negara beserta rakyatnya di bawah kekuasaan beliau. Unta yang penuh dengan muatan tiada henti-hentinya datang kepada beliau. Emas dan perak selalu terhampar di hadapan beliau. Tahukah kita makanan dan minuman beliau? Apakah seperti hidangan para raja? Atau lebih mewah dari itu? Ataukah seperti hidangan orang-orang kaya dan bergelimang harta? atau lebih lengkap dan lebih komplit? janganlah terkejut melihat hidangan Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam yang sederhana lagi memprihatinkan. Anas bin Malik mengungkapkan kepada kita sebagai berikut:
"Rasululloh tidak pernah makan siang dan makan malam dengan daging beserta roti kecuali bila menjamu para tamu.” (HR: At-Tirmidzi)

Karena sedikitnya jamuan yang tersaji dan banyaknya peserta hidangan, beliau tidak dapat makan kenyang kecuali dengan susah payah. Tidak pernah sekalipun beliau dapat makan sampai kenyang kecuali ketika menjamu para tamu. Beliau dapat kenyang bersama para tamu yang mesti beliau layani.

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengungkapkan, yang artinya: “Keluarga Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah makan roti gandum sampai kenyang dua hari berturut-turut hingga beliau wafat.” (HR: Muslim)

Dalam riwayat lain disebutkan, yang artinya: “Keluarga Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah makan roti gandum sampai kenyang tiga hari berturut-turut semenjak tiba di kota Madinah sampai beliau wafat.” (Muttafaq ‘alaih)

Bahkan Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam pernah tidak mendapatkan sesuatu untuk dimakan. Hingga beliau tidur dalam keadaan lapar, tidak ada sesuap makanan pun yang mengganjal perut beliau. Ibnu Abbas menuturkan sebagai berikut, yang artinya: “Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam dan keluarga beliau tidur dalam keadaan lapar selama beberapa malam berturut-turut. Mereka tidak mendapatkan hidangan untuk makan malam. Sedangkan jenis makanan yang sering mereka makan adalah roti yang terbuat dari gandum.” (HR: At-Tirmidzi)

Keadaan seperti itu bukan karena beliau tidak punya atau kekurangan harta. Justru harta melimpah ruah berada dalam genggaman beliau dan harta-harta pilihan diusung ke hadapan beliau. Akan tetapi, Alloh Subhanahu wata’ala memilih keadaan yang paling benar dan sempurna bagi Nabi-Nya Subhannahu wa Ta’ala.

‘Uqbah bin Al-Harits berkata: “Pada suatu hari Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam mengimami kami shalat Ashar. Seusai shalat, beliau segera memasuki rumah, tidak lama kemudian beliau keluar kembali. Aku bertanya kepada beliau, atau ada yang bertanya kepada beliau tentang perbuatan beliau itu. Beliau menjawab, yang artinya: “Aku tadi meninggalkan sebatang emas dari harta sedekah di rumah. Aku tidak ingin emas itu berada di tanganku sampai malam nanti. Karena itulah aku segera membagikannya.” (HR: Muslim)

Kedermawanan yang menakjubkan dan pemberian yang tiada bandingannya hanya dapat dijumpai pada diri Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam.

Anas bin Malik radhiallahu anhu mengungkapkan, yang artinya: “Setiap kali Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam dimintai sesuatu karena Islam, beliau pasti memberinya. Pernah datang menemui beliau seorang laki-laki, lantas beliau memberinya seekor kambing yang digembala di antara dua gunung (kambing yang gemuk). Lelaki itu kembali menemui kaumnya seraya berseru: “Wahai kaumku, masuklah kamu ke dalam Islam! Sesungguhnya Muhammad selalu memenuhi segala permintaan seakan-akan ia tidak takut jatuh miskin.” (HR: Muslim)

Meski dengan kedermawaan dan pemberian yang demikian menakjubkan itu, namun cobalah lihat keadaan diri beliau , Anas bin Malik menuturkannya kepada kita. Ia berkata, yang artinya: “Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah makan hidangan di meja makan hingga beliau wafat, beliau juga tidak pernah makan roti yang terbuat dari gandum halus hingga beliau wafat.” (HR: Al-Bukhari)

‘Aisyah radhiyallahu ‘anha mengisahkan, yang artinya: “Pada suatu hari, Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam datang menemuiku. Beliau bertanya: “Apakah kamu masih menyimpan makanan?” ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha menjawab: “Tidak ada!” Beliau berkata: “Kalau begitu aku berpuasa.” (HR: Muslim)

Dalam sebuah riwayat yang shahih disebutkan bahwa Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam dan keluarganya pernah selama sebulan atau dua bulan hanya memakan Aswadaan, yaitu kurma dan air. (HR: Bukhari & Muslim)

Dari Abu Hurairah radhiallaahu anhu ia berkata, yang artinya: “Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam sama sekali tidak pernah mencela makanan. Beliau akan memakannya bila suka, bila tidak, beliau akan membiarkannya.” (Muttafaq ‘alaih)

Wahai saudaraku tercinta lagi mulia, bagi yang belum puas dan belum merasa cukup, akan saya bawakan secara ringkas ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah sebagai berikut: “Adapun mengenai masalah makanan dan pakaian, sebaik-baik petunjuk di dalam masalah ini adalah petunjuk Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam. Etika beliau terhadap makanan ialah memakan apa yang disajikan bila beliau menyukai-nya. Beliau tidak menolak makanan yang dihidangkan, dan tidak mencari-cari apa yang tidak tersedia. Jika disajikan roti dan daging, beliau akan memakannya. Bila dihidangkan buah-buahan, roti dan daging, beliau akan memakannya. Jika dihidangkan kurma saja atau roti saja, beliau pun memakannya juga. Bila dihidangkan dua jenis makanan, beliau tidak lantas berkata: “Aku tidak mau menyantap dua jenis makanan!” Beliau tidak pernah menolak makanan yang lezat dan manis. Dalam hadits beliau menyebutkan, yang artinya: “Akan tetapi aku berpuasa dan berbuka. Aku shalat malam dan juga tidur. Aku juga menikahi wanita dan juga memakan daging. Barangsiapa yang membenci sunnahku, maka ia bukan termasuk golongan-ku.”

Alloh telah memerintahkan kita supaya memakan makanan yang baik-baik dan memerintahkan supaya banyak-banyak bersyukur kepada-Nya. Barang siapa yang mengharamkan makanan yang baik-baik, ia tentu termasuk orang yang melampaui batas. Barang siapa yang tidak bersyukur, maka ia telah menyia-nyiakan hak Alloh. Petunjuk Rasululloh shallallahu ‘alaihi wasallam adalah petunjuk yang paling tepat dan lurus. Ada dua jenis orang yang menyimpang dari petunjuk beliau: “Kaum yang berlebih-lebihan, mereka memuaskan nafsu syahwat dan melarikan diri dari kewajiban; Kaum yang mengharamkan perkara yang baik-baik dan mengada-adakan perbuatan bid’ah, seperti bid’ah rahbaniyyah yang tidak disyariatkan Allah . Sebab, tidak ada rahbaniyyah di dalam agama Islam.”

Kemudian Syaikhul Islam melanjutkan: “Setiap yang halal pasti baik, dan setiap yang baik pasti halal. Karena Allah telah menghalalkan seluruh perkara yang baik-baik bagi kita dan mengharamkan seluruh perkara yang jelek. Dan termasuk makanan yang baik ialah yang berguna lagi lezat. Dan Allah telah mengharamkan seluruh perkara yang memudharat-kan kita serta menghalalkan seluruh perkara yang bermanfaat bagi kita.

Kemudian beliau rahimahullah melanjutkan: “Umat manusia memiliki selera yang beraneka ragam dalam hal makanan dan pakaian. Kondisi mereka berbeda-beda pada saat lapar dan kenyang. Keadaan seorang insan juga selalu berubah-ubah. Akan tetapi, amal yang terbaik adalah yang paling mendekatkan diri kepada Alloh Subhanahu wata’ala dan yang paling bermanfaat bagi pelakunya.” (Majmu’ Fatawa II / 310)

(Sumber Rujukan: Sehari Di Kediaman Rasululloh Shallallahu’alaihi Wasallam, Asy-Syaikh Abdul Malik bin Muhammad bin Abdurrahman Al-Qasim)

Monday, August 18, 2008

Yay!! Kita sudah Merdeka??!!~ THINK AGAIN


Jendela Hikmah: LIMA ASAS PENTING REMAJA JIWA MERDEKA
Oleh Maryam Jailani (2007)

PADA saat rakyat seluruh negara membilang hari menjelang sambutan kemerdekaan yang ke-50 pada akhir bulan ini, ramai remaja masih tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan jiwa remaja merdeka. Lahir pasca merdeka terutama menyebabkan mereka hanya mendengar kisah kemerdekaan daripada generasi emas atau berusaha memahaminya menerusi rakaman yang masih tersimpan.

Sesungguhnya tidak. Mengapa? Kerana erti sebenar jiwa merdeka lebih daripada itu! Mengetahui erti sebenar jiwa merdeka serta batasnya, dan memahami nilainya yang sebenar boleh memberikan kita kesedaran betapa penting dan berharganya aset ini. Kefahaman ini memandu kita dengan jelas dan selamat agar tidak melangkaui sempadan kemerdekaan diberikan kepada kita.

Dalam konteks ini, jiwa remaja yang merdeka dapat difahami berdasarkan lima asas penting :

  • Pertama, jiwa remaja yang merdeka kenal jati dirinya.

Jiwa remaja yang merdeka memahami dari mana dirinya datang, mengapa dirinya diciptakan dan ke mana dirinya akan kembali. Kefahaman ini bukan sekadar maklumat pengetahuan yang dihafal daripada buku, tetapi dihayati dan dijelmakan dalam kehidupan seharian.

Contoh remaja yang berjiwa merdeka sangat jelas pada zaman Rasulullah. Remaja seperti Ali bin Abi Talib serta Aisyah binti Abu Bakar faham mereka diciptakan Allah dan akan kembali semula kepada-Nya.Mereka juga mengerti dengan sebenar-benarnya hidup di dunia yang singkat ini harus digunakan untuk menjadi hamba yang taat kepada Allah dan berusaha mengembalikan dunia dalam ketaatan kepada hakimiyah Allah.

Remaja berjiwa merdeka juga tidak pernah ketinggalan daripada memahami sejarah dan mengambil pengajaran daripadanya.

Mereka berusaha menekuni iktibar daripada kegemilangan dan keruntuhan tamadun manusia sepanjang sejarah. Mereka memahami bahawa sepanjang sejarah manusia, kebenaran tidak akan pernah lapuk ditelan zaman. Kebenaran akan tetap menang dan menyerlah! Dengan kefahaman inilah, mereka benar-benar kenal siapa diri dan betapa tingginya nilai diri mereka apabila menjadi remaja berusaha memenuhi tujuan hidup.

  • Kedua, berbekalkan kefahaman jati diri sebenar, jiwa remaja merdeka akan memperoleh lebih kekuatan daripada kemerdekaannya kerana dia memahami dirinya hanya perlu tunduk kepada Penciptanya. Dasar hidupnya adalah dua kalimah syahadah yang difahami implikasinya dengan sepenuh jiwanya.

Tuntutan kalimah syahadah akan memberikan lonjakan hebat yang mampu menolak segala kesetiaan dan ketaatan kepada selain dari-Nya.

Walaupun 50 tahun Malaysia merdeka, remaja menemui kemerdekaan jiwa mampu membawa dirinya keluar daripada belenggu ketaatan kepada makhluk menuju kesetiaan hanya kepada Pencipta. Hidup dan matinya, seluruhnya diasaskan secara jelas kepada paksi ini. Seluruh denyutan nadi dan degup jantungnya berlaku dengan kesedaran bahawa inilah erti kemerdekaan sebenar!

  • Ketiga, jiwa merdeka juga yakin dengan kewujudan dan kebenaran hari pembalasan. Remaja berjiwa merdeka memahami bahawa kematian itu pasti.

Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian dan hanya Allah yang mengetahui bilakah ajal setiap makhluk-Nya. Firman Allah: “Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh….” (An-Nisa’: 78).

Bertitik tolak daripada kepercayaan yang kuat inilah, remaja berjiwa merdeka sentiasa memperhatikan tingkah lakunya agar menjadi modal paling strategik untuk manfaat kehidupan selepas mati. Jika terjatuh dalam lubang kealpaan dan kelalaian, remaja berjiwa merdeka akan bangkit kembali menebus kesalahannya dan tidak akan mengulanginya.

  • Keempat, kesannya, lahir remaja merdeka yang sentiasa berlumba-lumba untuk menjadikan seluruh hidupnya bermakna. Tidak ada satu detik pun yang akan diizin untuk dibazirkan ke jalan tidak berguna.

Begitulah hebatnya jiwa remaja yang merdeka. Mereka menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya sekali, maka sebaik-baiknya mereka harus hidup dengan penuh erti.

Apabila dipanggil kembali, remaja berjiwa merdeka tersenyum bangga membawa bekal bersinar untuk dipersembahkan kepada Tuhannya. Firman Allah:

Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Masuklah ke dalam barisan hamba-Ku. Dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr: 27-30).

Mereka puas kerana memanfaatkan anugerah kehidupan di dunia sebagai manusia yang menjalankan amanahnya, bukan robot yang sekadar mengulangi rutin kehidupannya tanpa mengetahui tujuan hidupnya.

Remaja berjiwa merdeka sedar dan faham bahawa berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran bukanlah tujuan akhir hidupnya.

Mereka tidak terperangkap dalam kerugian menagih seluruh masa mereka hanya untuk mengisi maklumat di minda dan mendapatkan makanan untuk survival fizikal.

Mereka tidak akan membiarkan hati kecut dan gersang kerana perangkap ini. Mereka tidak akan tertekan dengan himpitan beban pelajaran, tetapi rasa bertanggungjawab untuk menimba ilmu sebanyak mungkin untuk memajukan diri dan ummah.

  • Kelima, jiwa remaja merdeka adalah jiwa sentiasa memperjuangkan kebenaran. Kisah interaksi manusia dan kebenaran sepanjang sejarah membentangkan kepada kita pelbagai jenis episod. Ada yang untung dan ada rugi.

Remaja berjiwa merdeka termasuk dalam golongan mereka yang untung. Mengapa? Kerana jiwa merdeka sentiasa mencari kebenaran, tidak menolaknya, berusaha memperjuangkannya dan menyokongnya dengan sepenuh jiwa dan sepanjang hayatnya.

Hidup dan mati dengan asas kebenaran itu adalah tanggungjawab. Ia bukan pilihan, tapi ia anugerah. Yang pentingnya merdeka pada jiwa dan bukan hanya pada fizikal.

Pernahkah kita terfikir mengapa ikan hidup di laut yang masin tidak terasa masin, tetapi ikan masin yang disaluti garam yang sedikit terasa sangat masin? Kerana bezanya ikan di laut hidup, tetapi ikan masin mati.

Begitulah jiwa manusia. Jiwa yang hidup tidak akan terpengaruh dengan anasir buruk yang sentiasa cuba untuk dipengaruhi tetapi jiwa mati mudah sekali terjebak dengan apa juga anasir buruk yang datang kepadanya.

Semoga kemerdekaan kita terus berkekalan sebagai umat yang salih dan diredai Allah. Kita isi makna kemerdekaan negara dengan akhlak terpuji, bukan merosakkan erti kemerdekaan itu sendiri.

- Penulis adalah Pelajar Sarjana Perbandingan Agama, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa dengan kerjasama Wanita JIM

Sunday, June 1, 2008

Semua berakhir padaMU



RAPUH

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Opick_Rapuh

Saturday, February 2, 2008

...::JANGAN KAU TANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU::..



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa
kecewa. Kadang kala kecewa yang begitu perit
sekali.Kekecewaan kerana sesuatu yang hilang dari
genggaman, keinginan yang tidak tercapai,
kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan dan
banyak lagi. Sesungguhnya semua itu membuatkan kita keletihan dengan andaian yang tiada kepastian. Akhirnya semua itu akan menjadikan jiwa
terus merana.

Walaupun begitu, amat bertuah seandainya dalam
saat-saat jiwa berkecamuk, masih ada setitik
cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.
Malah masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki
menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir
yang akan memberi ketenangan pada jiwa.

Sebagai manusia yang normal, kita tidak terlepas
daripada mengejar berbagai keinginan. Memang
manusia diciptakan mempunyai kehendak dan
mempunyai keinginan. Bagaimanapun tidak setiap yang kita inginkan akan kita perolehi, tidak setiap yang kita mahukan dapat kita capai dan tidak mudah untuk ita menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi.
Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini
tidak semestinya... harus berjaya, harus bahagia
atau harus-harus yang lainnya.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa
sebenarnya itu semua pemberian Allah SWT sehingga
orang itu menjadi sombong dan bertindak sesuka
hatinya sahaja. Begitu juga kegagalan sering tidak
dihadapi dengan tenang. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan itu adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat
kegagalan adalah tidak memiliki apa yang memang
bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi bahagian kita di dunia,
misalnya jawatan atau kedudukan pasti akan Allah
sampaikan.Namun seandainya ia memang bukan milik
kita, ia tidak akan dapat kita miliki, meskipun ia
sudah dekat menghampiri kita dan kita mati-matian
berusaha untuk mendapatkannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
" Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah
tertulis dalam kitab(Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakanya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu)supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikaNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." ( Al-Hadid : 22-23)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Demikian juga bagi yang inginkan jodoh mereka
dengan orang yang mereka ingini.Kadang kala tidak
sedar bahawa kita seolah memaksa Allah tentang jodoh kita,bukanya meminta yang terbaik dalam
istikharah kita. Kita mungkin sering berdoa... "
Ya Allah jodohkanlah akudengan dia, kerana aku
sangat mencintainya ". Seolah-olah kita yang
menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa.
Akhirnya jika Allah memberikanya maka tidak mungkin itu yang terbaik kerana kita tidak meminta Nya yang terbaik buat kita.
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini
dari Allah :

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha mengetahui, kamutidak mengetahui." ( Al-Baqarah : 216)
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut
dalam nestapa yang berpanjangan terhadap apa-apa
yang hilang darimu atau yang tidak dapat kau
miliki. Dengan itu seharusnya kita fikirkan dengan
baik, apa-apa yang kita rasa perlu didunia ini
harus benar-benar berkaitan dengan harapan kita
akan bahagia di akhirat.Sesungguhnya seorang mukmin tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sebenarnya iaitu hidup di akhirat kelak!

Oleh itu... jangan lagi kau tangisi apa yang bukan milikmu!