"Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kau lihat, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy. Dia menundukkan matahari dan bulan; masing-masing beredar menurut waktu yang telah ditentukan. Dia mengatur urusan maklukNYA, dan menjelaskan tanda-tanda (kebesaranNYA), agar kamu yakin dengan pertemuan dengan TUHANMU"

Saturday, September 27, 2008

On the phone with mama!!

Calling......

Mama : Assalamualaikum...
Ina : Waalaikumussalam, mama..ina ni...mama buat apa tu?
Mama : Ina...mama kt umah dah ni, hari ni habih skolah awai...budak2 pagi semua mai petang..
Ina : ooo..yeka...ina ingat mama kat skolah g...tu tgah buat apa?
Mama : Tgah kemas umah ni...satgi imal nak balik...abah ngn isyraqi dah balik, satg nak p solat
Jumaat...mama buat keja2 skit, nnt x teruk sangt...ina kt mana tu?
Ina : ooo...ina kt bilik ni...hmmm...
Mama : Ina...
Ina : Ya...
Mama : Tadi mama terdengaq lagu qaya kt TV, teringaaaat sangat kt ina...tiba2 mama nangis ingt kt ina, lagi satu mama duk tringt yang anak-anak orang lain pun mesti
balik...semua mesti dah ada kt umah kan..mama rindu kt inaaaa...
Ina : (diam...nangis)...





Itulah perbualan antara seorang ibu yang teramat merindui anaknya di perantauan...Ibu mana tak ingat kat anak dan ibu mana yang tak rindukan anak....Jadi, kita yang tinggal beribu-ribu batu dari tanah air ni kenalah selalu mendoakan kesejahteraan ibu ayah kita nun di Malaysia. Kalau tak boleh call setiap hari...selang 3-4 hari call-lah mereka...dengar suara pun dah cukup untuk melepaskan rindu...kan?


"Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah ,Wahai Tuhanku, sayangilah kedunya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku pada waktu kecil." (24:17)

No comments: